MEGPlay

Get Rewarded for Gaming.

Pemberitahuan dari Official Mobile Legends Bang Bang.

Pemberitahuan dari Official Mobile Legends Bang Bang.

Mobile Legends: Bang Bang akan turut menerima hukuman lebih berat kepada pemain yang membuat kesalahan berikut.


MEGPlay16 May, 2019


Mobile Legends Bang Bang:  

"Pemain yang dihormati,
Pasukan operasi rasmi Mobile Legends: Bang Bang sentiasa komited untuk memastikan keadaan permainan yang adil dan saksama, termasuklah persekitaran perbualan dan permainan, serta peraturan pemadanan. Kami sentiasa bekerja keras untuk menjamin semua pahlawan dan bertarung dalam satu platfom yang adil demi memelihara semangat kompetitif dan suasana yang gembira.
Demi mengekalkan suasana permainan yang positif ini, kami akan mengenakan hukuman lebih berat terhadap kesalahan-kesalahan di dalam permainan. Kami telah mendapati bahawa sesetengah pahlawan AFK dengan sengaja, Feed dengan sengaja, menjauhi perlawanan berkumpulan dengan sengaja, menaikkan rank dengan Booster, dsb. Tindak-tanduk sedemikian secara serius telah mempengaruhi kesaksamaan dan kegembiraan dalam permainan. Setelah perbincangan mendalam, kami telah memutuskan untuk meningkatkan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan tersebut. Sebagai tambahan kepada yang telah disebutkan, tindak-tanduk lain seperti pengiklanan, penipuan dan gangguan dalam Perbualan Umum atau Peribadi, menggunakan nama samaran tidak sesuai, ataupun mana-mana kelakuan yang dianggap tidak elok oleh pasukan operasi rasmi Mobile Legends: Bang Bang, akan turut menerima hukuman lebih berat. 
Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut akan diberikan hukuman berat sewajarnya (diharamkan daripada perbualan, bermain ranked, perlawanan PVP, log masuk, dsb)
Pasukan operasi rasmi Mobile Legends: Bang Bang akan berterusan memperkuatkan hukuman dan memantau suasana permainan serta menghukum pesalah setiap hari, termasuk akan menghebahkannya dengan lebih kerap. Suasana permainan yang sihat memerlukan kerjasama rapat antara pihak pembangun dengan kesemua pemain. Sila elakkan diri anda daripada tindak-tanduk yang toksik, dan bersama-samalah membantu komuniti permainan Mobile Legends: Bang Bang untuk menjadi satu pengalaman yang positif! Semua pemain adalah dialu-alukan untuk melaporkan para pelaku kesalahan melalui khidmat pelanggan atau di platfom media sosial kami.
Related interpretation:
AFK Dengan Sengaja: Sengaja bertindak AFK (Away From Game) untuk satu tempoh masa yang lama atau banyak kali dalam satu perlawanan.
Feed Dengan Sengaja: Sengaja membiarkan diri sendiri dibunuh oleh pihak musuh banyak kali, untuk memberikan pihak musuh satu kelebihan dalam satu tempoh singkat.
Menjauhi Perlawanan Berkumpulan Dengan Sengaja: Sengaja membiarkan pihak musuh menindas ahli pasukan yang lain dalam satu perlawanan, dan berterusan Farming bagi mengelakkan daripada dikesan oleh sistem.
Menggunakan Nama Samaran Tidak Sesuai: Menggunakan perkataan tidak sah atau tidak sesuai dalam nama permainan karakter.
Menggunakan Avatar Tidak Sesuai: Menggunakan avatar berunsur pornografi, kejam, menyinggung dan tidak sah.
Mencari Booster: Mencari pihak ketiga untuk membantu menaikkan Rank ataupun membuka Pencapaian.
Tingkahlaku Berpura-pura: Memanipulasi keputusan perlawanan demi menaikkan atau menurunkan Rank.
Pemadanan Serentak: Berterusan memadankan dan tidak memasuki permainan sehinggalah dipadankan dengan pemain-pemain tertentu.
Menurunkan Rank Dengan Sengaja: Menyebabkan ahli pasukan kalah beberapa perlawanan dengan niat."

Lampiran: Hukuman-hukuman semasa kepada para pesalah´╝łPemadanan Serentak´╝ë

4004 5496235...

To read the full article, please download the MEGPlay App on the AppStore / PlayStore. If you already have the app, tap on the button below: